

![]() |
Sedih.. :(
Sunday, 24 June 2012 | 3:00 pm | 0 candie blossom
Ayah kite.. ^.^
Assalamualaikum..
Dah lama
aku tak update post kan.. So, hari ni aku nak kongsi citer sikit kat sini..
Sebenarnyer aku rasa sedih sangat sebab ade orang buat citer yang cikgu Khalid
Bin Husin iaitu ayah aku dah meninggal semalam.. Sebelum
tu dalam pukul 11 lebih, kawan ayah dari pagoh datang rumah (pak cik awit) ..
Pastu ayah berbual dengan dia.. Bila pak cik awit dah balik, ayah bagi tahu aku yang ade orang
bagi tahu pak cik awit yang ayah dah meninggal.. Masa tu aku terkilan giler
la.. Kebetulan pulak masa tu ayah off phone bila ayah on je phone banyak miss
call kat phone ayah tu.. Lepas tu, ayah aisyah datang rumah aku (pak cik hatta)
maklum lah depan rumah pastu, dia cakap kat ayah ade yang call dia dan tanya
pasal berita palsu ni.. Terkejut sangat ayah masa tu sebab ayah ingatkan berita
palsu ni cuma pak cik awit je yg dapat tahu tadi.. Rupanyer ramai yang tahu..
Tak lama
lepas tu ayah dapat banyak call dari kawan2 dia sebab dia orang pun dapat
berita palsu ni.. Ramai sangat yang call, masing2 terkejut la yang kononnyer
ayah dah meninggal kan.. Bila orang call je perkara first sekali yang ayah akan cakap
“Assalamualaikum, ni cikgu Khalid ye.. saya belum mati dan masih dalam keadaan
sihat” tu lah yang akan cakap mula2 sekali.. Aku kesian giler tengok ayah masa
tu.. Berita palsu ni merebak dengan sangat cepat sampai orang serom 2 pun
tahu.. Kebetulan pulak ibu khursus semalam dan ibu pun dapat panggilan dari
kawan2 dia.. Ibu pun terkejut jugak masa tu..
Aku betul2 tak puas hati, sape lah yang buat citer macam ni.. Aku ade buat beberapa kesimpulan tentang perkara yang berlaku ni.. *konon nak siasat bende ni - Ade orang bernama Khalid meninggal tapi, orang lain ingat yang meninggal tu ayah - Ade orang tak puas hati dengan ayah dan menyebarkan berita palsu ni - Mungkin Allah nak bagi petunjuk bahawa ayah akan pergi tak lama lagi Aku harap yang no 3 tu tak betul sama sekali.. Sebab aku tak nak kehilangan ayah.. Waaa~ :’( sape lah yang buat citer tentang kematian ayah ni.. Ayah saya hidup lagi lah.. Kalau tak puas hati tu jumpa la depan2 dan tak payah lah nak buat citer sampai macam ni sekali.. Bende ni sangat teruk tau tak.. Tapi, nak buat macam mana la kan bende dah berlaku.. Reda je lah dengan semua ketentuan Allah.. Dia sentiasa lakukan yang terbaik untuk kita.. :) Kalau tak puas hati atau benci seseorang tu tak payah la buat sesuatu yang menjatuhkan maruah orang tu lebih baik kita beristighfar dan ia lebih menenangkan diri kita.. Lagi pun, kan berdosa kalau memfitnah orang ni bukannyer dapat pahala pun.. kan3.. :) Ayah cakap semalam 23.06.2012 adalah sejarah hitam dalam hidup ayah disebabkan berita palsu ni la.. Sedih2.. :'( ![]() |